Cara Daftar Grab Food Rider Motor – Grabfood Registration

Grabfood ialah servis Grab untuk hantar makanan. Dikongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab foo...

Home » , » Wendy driver Uber di ganggu rider

Wendy driver Uber di ganggu rider

Sebagai pemandu Uber dan Grabcar, mungkin banyak pengalaman yang telah anda lalui. Tetapi bagi yang belum mencuba jadi pemandu uber atau grab, bolehlah cuba. Anda boleh baca panduan daftar sebagai pemandu uber dan juga cara daftar sebagai pemandu grabcar sendiri secara online. Pastikan anda telah sediakan 3 dokumen penting iaitu gambar ic, gambar lesen memandu dan juga cover note insuran kereta yang ada nama anda.


Ada pemandu yang pernah kena rompan, ada yang pernah cuba di raba dan yang cuba di ayat tu biasalah terutamanya pemandu wanita. Jadi berhati-hati semasa mencari rezeki. Bagi pemandu wanita, elakkan terlalu lewat malam sebab syaitan ni ada di mana-mana.

Driver uber di ganggu rider


Mungkin kisah Wendy ini boleh di jadikan pengajaran kepada semua. Mungkin Wendy ni jenis yang cun dan comel serta pakaian boleh tahan hingga rider pun boleh naik sheikhh. Saya tak salah Wendy tetapi rider tu yag salah. Apa yang kita sebagai driver uber atau grab boleh buat tentang masalah ini?


Jika anda pemandu uber - anda boleh report kepada uber di rakanuber.com. Serius respond sangat pantas dan sangat membantu. Saya sendiri telah banyak kali menggunakan khidmat rakanuber.com ni. Memang cekap. Bagi pemandu uber, anda boleh gunakan saluran ini sahaja. Buka ikut google dari pc atau smartphone, kemudian anda chat dengan khidmat pelanggan di sana.


Jika anda pemandu grab - anda boleh semak kat bahagian ' support ' dalam app grab driver. Saya galakkan anda hantar email ke support.my@grab.com.

Di harap semua rakan-rakan pemandu uber dan grab selamat selalu di seluruh Malaysia. Selamat menguber dan mengrab guys.



Terima kasih kerana membaca Wendy driver Uber di ganggu rider.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan



0 komen:

Catat Ulasan